Now Reading
Apakah Mata Wang Digital Bank Pusat?

Apakah Mata Wang Digital Bank Pusat?

Kewujudan mata wang kripto seperti Bitcoin tidak dinafikan memberi kesan kepada institusi kewangan tradisional. Institusi kewangan di seluruh dunia harus bersiap sedia menghadapi perubahan ini.

Baru-baru ini, Lembaga Kestabilan Kewangan (FBS) G20 menerbitkan sebuah cadangan kawal selia ‘stablecoins’ global kepada ahli-ahli mereka berkenaan risiko terhadap rangka kerja kawal selia kewangan semasa.

Negara lain seperti China mempercepatkan proses eksperimen Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) untuk melindungi nilai mata wang mereka terhadap aset digital kripto.

Kami akan terangkan kepada anda tentang CBDC secara ringkas dan mudah.

Apa itu CBDC?

Mata Wang Digital Bank Pusat atau dalam bahasa Inggeris, Central Bank Digital Currency, tidak memiliki makna yang tetap dan tepat buat masa ini. Setakat ini, ia digunakan untuk merujuk mata wang rasmi sesebuah negara yang dikeluarkan oleh bank pusat dalam bentuk digital.

Sebagai contoh, Bank England menghuraikan CBDC sebagai wang elektronik yang mudah diakses, fungsi lebih baik, struktur operasi berbeza, dan menghasilkan faedah.

Kenapa CBDC?

Bank Dunia menganggarkan terdapat 2 billion penduduk dunia tidak memiliki akaun bank kerana pelbagai faktor seperti tiada cawangan bank, dan masalah pengenalan diri rasmi. CBDC dikatakan mampu membantu untuk mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, CBDC juga mampu memberi manfaat lain seperti:

1. Ia sah digunakan secara umum dalam masyarakat tanpa tunai
2. Memperbaiki kecekapan sistem bayaran
3. Lebih selamat daripada mata wang digital tidak rasmi
4. Memperbaiki bayaran rentas sempadan

Cabaran kepada Bank Pusat

Menurut kertas yang diterbitkan oleh The Institute and Faculty of Actuaries (IFoA), UK, jika masyarakat lebih cenderung menggunakan mata wang digital tidak rasmi berbanding tunai, polisi kewangan bank pusat akan menjadi lemah dan terhad.

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan adalah:-

1. Kadar faedah bank
2. Pengurangan keberkesanan polisi faedah batas bawah
3. Kestabilan kewangan dari sudut pertumbuhan dan inflasi
4. Kestabilan kewangan bank komersil

See Also

Mata wang digital akan mengurangkan penglibatan pihak ketiga dan sudah tentu menjejaskan bank-bank komersil.

Antara CBDC dan Mata Wang Kripto

Ketika ini, mata wang kripto telah membuktikan bahawa ia mampu mencabar mata wang biasa dalam kiriman rentas-sempadan, kiriman rakan-ke-rakan (P2P), privasi dan sekuriti. Malah ia dilakukan secara tidak berpusat atau disentralisasi.

Namun, jika sesebuah bank pusat memutuskan untuk melancarkan CBDC, ia akan beroperasi secara berpusat.

Kajian serta eksperimen sedang galak dijalankan oleh bank-bank pusat di seluruh dunia yang pastinya akan mendedahkan kelebihan dan kelemahan CBDC.

Jika ingin dijadikan contoh secara e-dompet, pengguna hanya perlu satu jenis e-dompet dan ia boleh digunakan pada semua perkhidmatan.

Jadi, adakah anda menyokong CBDC atau tidak?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top