Now Reading
Dunia Aset Digital: Ripple (XRP)

Dunia Aset Digital: Ripple (XRP)

New Evidence Emerged Putting XRP Under Increased Scrutiny_techcryption-01

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Ripple (XRP)?

Ripple adalah sistem penyelesaian perolehan masa nyata ataupun Real-Time Gross Settlement System (RTGS), tukaran wang asing dan rangkaian kiriman wang yang dicipta oleh Ripple Labs Inc, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat.

Ripple juga adalah sebuah platform dan juga sejenis mata wang kripto. Sistem ini menerima token pengganti untuk wang fiat, mata wang kripto, atau unit lain yang mempunyai nilai. Ia juga direka untuk mempercepat dan mempermudah transaksi dengan lebih murah.

Pembayaran Rentas-Sempadan Masa-Nyata

See Also
Top-5-crypto-techcryption

Platform Ripple adalah sebuah protokol terbuka direka khas untuk membenarkan transaksi pantas dan murah. Ia memiliki mata wang kripto, XRP, dan membenarkan pembangun lain untuk membina platform sendiri melalui RippleNet.

Ripple kian berkembang dan terbukti dengan beberapa projek berjaya digunakan oleh bank serta institusi kewangan lain di seluruh dunia. Antaranya adalah Siam Commercial Bank, Santander, MoneyMatch, American Express, Kotak Mahindra, CIMB Bank, Al-Rajhi Bank, MoneyGram, dan banyak lagi.

Untuk rakyat Malaysia, XRP adalah salah satu aset digital yang boleh didapati melalui Bursa Aset Digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top