Now Reading
InvestSmart 2020 Fest: DAX Tidak Sekadar Lindungi Pelanggan

InvestSmart 2020 Fest: DAX Tidak Sekadar Lindungi Pelanggan

header how bitcoin work

InvestSmart 2020 Fest (ISF) adalah sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bertujuan untuk mempersiapkan pelabur di Malaysia dengan ilmu pengetahuan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kesukaran tahun 2020 kerana pandemik virus Covid-19 tidak menghalang SC untuk meneruskan acara tahunan ini. Sama seperti acara SCxSC 2020, ia dianjurkan secara maya.

Dalam sebuah sesi yang menjemput wakil daripada tiga Bursa Aset Digital (DAX) yang sah beroperasi di Malaysia iaitu David Low dari Luno Malaysia, Kelvyn Chuah dari SINEGY, dan Hong Qi Yu dari Tokenize berbicara tentang pentingnya menggunakan DAX yang dikawal selia.

Terdapat banyak DAX yang beroperasi di seluruh dunia, namun pelanggan yang menggunakan DAX yang tidak dikawal selia terdedah dengan risiko kerugian. Terdapat pelbagai laporan tentang skim penipuan yang meninggalkan pelanggan berputih mata.

Pihak Pemegang Amanah

SC merupakan badan kawal selia yang pertama di dunia menggunakan sistem yang unik untuk melindungi pelanggan. Pihak pemegang amanah akan dilantik untuk menjaga dana pelanggan yang diterima DAX. Oleh itu, DAX tidak memiliki akses penuh terhadap dana pelanggan.

Bagi pelindungan aset digital pula, sebahagian dana akan disimpan dalam ‘cold wallet’ atau dompet beku yang tidak bersambung dengan mana-mana talian internet.

Elak Skim Penipuan

Aset digital masih lagi perkara yang baharu di Malaysia terutamanya dari segi kawal selia oleh SC. Namun, aset digital seperti Bitcoin telah wujud sejak sedekad lalu. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis penjenayah dan skim-skim penipuan yang menyalahgunakan nama Bitcoin.

Dengan menggunakan DAX yang sah dan dikawal selia, pelanggan akan berurusan dengan pihak yang dipantau oleh SC. Oleh itu, keselamatan dana pelanggan akan lebih terjamin.

Pengurusan AMLA

Aset digital menggunakan teknologi yang memudahkan penggunanya. Kelebihan ini sering dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk ‘mencuci duit’ atau pendaan pengganas.

Perkara sebegini dapat dielak dengan menggunakan DAX yang dikawal selia kerana pelanggan perlu menjalani proses Kenali-Pelanggan-Anda (KYC).

See Also

Pelanggan boleh menggunakan DAX secara selamat tanpa perlu risau terlibat dengan aktiviti jenayah. Selain itu, KYC juga dapat menghindarkan DAX daripada terlibat dengan pelanggan yang tidak dikehendaki.

Pemutus-Litar

Pergerakan harga aset digital sangat berisiko tinggi dan boleh menyebabkan panik kepada pelanggan. DAX yang sah dan dikawal selia di Malaysia memiliki fungsi kawalan pemutus-litar untuk menggantung aktiviti dagangan.

Tindakan ini membolehkan pengguna untuk membuat keputusan yang lebih rasional.

Jika kita ingin bandingkan dengan perkhidmatan DAX yang tidak dikawal selia, DAX yang dikawal selia agak ketinggalan. Namun, ini untuk melindungi semua pihak yang terlibat.

Buat pilihan yang lebih bijak!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top