Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Buka Permohonan IEO dan DAC

car 2020-techcryption

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan garis panduan kawal selia aset digital yang diperkemaskini untuk tawaran bursa awal (IEO) dan kustodian aset digital (DAC).

Garis panduan itu berkuatkuasa serta-merta selepas ia diperkenalkan. Ia bertujuan untuk mempromosi inovasi teknologi aset digital secara bertanggungjawab. Ia juga untuk mengawal risiko dan melindungi pemain dan pelabur industri aset digital.

SC membuka permohonan untuk IEO dan DAC bagi pihak yang berminat. IEO akan membenarkan syarikat untuk menerima modal dengan melancarkan token aset digital di Malaysia. DAC membolehkan syarikat untuk menjadi kustodian aset digital kepada pelabur.

Tarikh tamat permohonan untuk IEO adalah pada 15 February 2021.

Di Malaysia, syarikat yang ingin mengendalikan Bursa Aset Digital (DAX), IEO, dan DAC perlu mendapatkan kebenaran daripada SC. Menurut SC, jika syarikat gagal untuk mematuhi peraturan kawal selia tersebut, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta, atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali.

See Also

Garis panduan lengkap boleh didapati di laman web SC di sini.

Dengan garis panduan dan kawal selia yang berkuatkuasa, ia membuka peluang kepada pihak yang berminat serta mempromosi aset digital di Malaysia.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top