Now Reading
Dunia Aset Digital: Ethereum (ETH)

Dunia Aset Digital: Ethereum (ETH)

what-is-ethereum-techcryption

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Ethereum (ETH)?

Ethereum adalah platform blok rantai terbuka membolehkan mana-mana pengaturcara untuk membina aplikasi tanpa pusat dengan kontrak pintar. Ether (ETH) adalah token yang dikeluarkan dan digunakan dalam platform Ethereum.

Pencipta Ethereum, Vitalik Buterin merupakan seorang penggemar mata wang kripto dan pengaturcara komputer. Beliau mencipta Ethereum dengan tujuan untuk pengaturcara lain boleh memanfaatkan dan mengembangkan platform tersebut.

Beliau menggunakan rekaan dan protokol yang sama seperti blok rantai Bitcoin dan memperbaikinya untuk menyokong aplikasi pelbagai menggunakan kontrak pintar.

Kepelbagaian DApp

Buat masa ini, blok rantai adalah peneraju utama aplikasi tanpa pusat (DApp). Setakat ini, menurut laman State of the DApps, terdapat 2.9K DApps beroperasi melalui blok rantai Ethereum. Sekaligus menjadikan Ethereum platform terbesar DApps.

Platform blok rantai Ethereum telah melahirkan banyak DApps popular dari permainan seperti Axie Infinity, hingga ke Kewangan Tanpa Pusat (DeFi) seperti Uniswap. Ini menunjukkan bahwa ETH bukan sekadar aset digital biasa tetapi memiliki pelbagai fungsi.

Naik Taraf Ethereum 2.0

Tidak dinafikan, penggunaan platform Ethereum kini berada di tahap had yang tinggi. Menurut laman ethereum.org, pembangunan Ethereum 2.0 (ETH 2.0) akan mengatasi masalah kepantasan, tenaga dan bolehskala.

See Also
header how bitcoin work

ETH 2.0 dapat memproses transaksi lebih pantas dengan kelajuan 100,000 tps (transaksi per saat) berbanding kelajuan semasa iaitu 15 tps.

Pada waktu ini juga, blok rantai Ethereum menggunakan kaedah proof-of-work (pow) dan memakan sumber yang besar. Manakala, ETH 2.0 akan menggunakan kaedah proof-of-stake (pos) yang lebih selamat dan mengurangkan komitmen para pengesah.

Selain itu, ETH 2.0 akan memperkenalkan ‘shard chains’ dan ‘beacon chains’ akan membolehkan platform Ethereum berkembang seiring dengan penggunaanya.

Untuk rakyat Malaysia, XRP adalah salah satu aset digital yang boleh didapati melalui Bursa Aset Digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Banyak betul fungsi ETH.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top