Now Reading
Dunia Aset Digital: Litecoin (LTC)

Dunia Aset Digital: Litecoin (LTC)

Silver To Bitcoin’s Gold Makes It To 13, 000 ATM-techcryption

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Litecoin?

Litecoin (LTC) diperkenalkan pada Oktober 2011 oleh Charlie Lee. Visi beliau adalah untuk menjadikan LTC sebagai satu alternatif yang lebih pantas dan murah berbanding Bitcoin (BTC). LTC juga diberi jolokan sebagai perak digital manakala BTC adalah emas digital.

LTC menggunakan pengekodan teras yang sama seperti BTC dengan penambahbaikan tersendiri. Ia empat kali ganda lebih pantas dalam pengesahan blok serta memiliki empat kali ganda bekalan maksimum. LTC mampu mengesahkan satu blok dalam 2.5 minit dan nilai maksimum sebanyak 84 juta unit. LTC juga menawarkan caj transaksi yang lebih rendah berbanding BTC.

Blok rantai LTC menggunakan protokol ‘Proof-of-Work‘ (PoW) seperti BTC. Namun ia menggunakan algoritma berbeza yang

Menarik Tentang LTC

Sejak diperkenalkan, LTC adalah antara mata wang kripto yang memiliki modal pasaran yang besar, menjadikan ia mudah diterima oleh penggemar dan pelabur aset digital.

See Also

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang LTC.

  • Pengasas LTC, Charlie Lee, menjual keseluruhan LTC miliknya untuk mengelakkan konflik kepentingan.
  • Harga LTC seunit pernah mencecah kira-kira RM 1.4 ribu pada Disember 2017.
  • LTC adalah antara yang terawal menggunakan protokol SegWit.
  • Protokol MimbleWimble (MW) dapat menambahbaik ciri keselamatan dan privasi LTC.
  • LTC merupakan mata wang kripto pertama untuk menaja acara seni bela diri terkenal Ultimate Fighting Championship (UFC) pada tahun 2018.
  • LTC juga adalah mata wang kripto rasmi untuk sebuah pasukan bola sepak Amerika, Miami Dolphins, pada tahun 2019.
  • LTC Foundation juga mengumumkan kerjasama dengan Atari pada tahun 2020.

Untuk rakyat Malaysia, LTC adalah salah satu aset digital yang boleh didapati melalui Bursa Aset Digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

LTC dilanda kontroversi apabila pengasasnya menjual keseluruhan pegangan miliknya dan mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. Namun, LTC tetap teguh hingga kini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
1
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top