Now Reading
Dunia Aset Digital: Basic Attention Token (BAT)

Dunia Aset Digital: Basic Attention Token (BAT)

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Basic Attention Token (BAT)?

Basic Attention Token (BAT) adalah token untuk pelayar internet, Brave. Brave dicipta oleh Brendan Eich, pengasas bersama Mozilla dan Firefox. Ia bertujuan untuk mencipta pengalaman penggunaan pelayar internet disamping menghasilkan ekosistem lebih berkesan untuk penerbit dan pengiklan.

Ekosistem Brave membolehkan pengiklan untuk memberi penerbit sejumlah BAT bergantung kepada tarikan pengguna. Pengguna akan menerima BAT jika mereka pilih untuk terlibat dalam program Brave Rewards.

Ganjaran untuk Penghasil Kandungan

Apabila pengguna Brave menerima ganjaran dalam bentuk BAT, ia boleh dikongsi bersama penghasil kandungan kegemaran mereka di platform yang berbeza. Setakat ini, BAT disokong oleh lebih 300,000 laman sesawang yang rasmi seperti The Washington Post, The Guardian, Wikipedia, YouTube, Twitter, GitHub, dan banyak lagi.

BAT Sebagai Aset

See Also
4000 BTC Will Be in Auction by The US Authority-techcryption

Selain daripada berkongsi BAT kepada penghasil kandungan kegemaran pengguna, BAT juga boleh digunakan untuk mendapatkan faedah. BAT adalah antara aset digital yang diterima oleh kebanyakan bursa aset digital yang besar. Ia boleh digunakan untuk dagangan, simpanan, atau perkhidmatan pinjaman.

Untuk rakyat Malaysia, BAT adalah aset digital yang tidak diluluskan dan tidak didapati di mana-mana Bursa Aset Digital (DAX) ketika ini.

Secara mudah, anda gunakan pelayar Brave dengan mengaktifkan Brave Rewards. Anda akan terima ganjaran dalam bentuk BAT setiap bulan. Lebih baik daripada menggunakan pelayar tradisional lain ketika ini!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top