Now Reading
Apa itu MetaMask?

Apa itu MetaMask?

Bayangkan anda melayari laman sesawang yang memerlukan nama dan kata laluan untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan. Anda mungkin fikir hanya anda yang tahu, tetapi hakikatnya, data itu bukan milik anda. Malah, data itu boleh disalahgunakan, dicuri, dan dibocorkan kepada pihak ketiga.

Bagaimana jika ada cara yang lebih bagus untuk menjaga privasi dan data anda? Perkhidmatan laman sesawang yang menggunakan teknologi blok rantai tidak berpusat adalah antara jawapannya. MetaMask dapat membantu.

MetaMask untuk semua

MetaMask adalah tambahan pelayar laman sesawang yang membolehkan anda mengakses rangkaian blok rantai Ethereum. Ia juga berfungsi sebagai dompet mata wang kripto Ether (ETH).

MetaMask juga membolehkan anda untuk mengakses aplikasi tanpa pusat (DApp) yang dibina menggunakan blok rantai Ethereum. Ia membolehkan anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti DApp kewangan, permainan, simpanan koleksi, dan pelbagai lagi.

Adakah MetaMask mesra pengguna baharu?

Ya dan tidak. MetaMask tampak sukar untuk pengguna baharu yang tiada asas teknikal dalam teknologi mata wang kripto dan blok rantai.

Pengetahuan asas ini akan menjadi sesuatu yang am untuk pengguna yang sering terlibat dengan mata wang kripto. Ibaratnya, anda ingin mengakses internet, anda memerlukan peralatan dan perkhidmatan yang sesuai. Contohnya, telefon pintar, pelayar, sambungan internet, dan pelbagai lagi.

See Also

Begitu juga apabila anda menggunakan MetaMask. Anda perlu menyimpan frasa peribadi dengan selamat, memeriksa alamat dompet, caj gas (gwei), dan memeriksa dana anda.

Langkah mendapatkan MetaMask

  1. Layari laman sesawang rasmi MetaMask dan klik muat turun.
  2. Tambahan pelayar ini tersedia untuk Chrome, Firefox, Brave, dan Edge. Aplikasi juga tersedia untuk IOS dan Android.
  3. Setelah muat turun dan pemasangan selesai, tetingkap Get Started akan kelihatan.
  4. Apabila anda klik, tetingkap pertanyaan sama ada anda pengguna baharu atau pengguna sedia ada MetaMask.
  5. Pilihan pengguna baharu akan menunjukkan tetingkap pengesahan jika anda ingin membantu memperbaiki MetaMask tanpa paksaan.
  6. Seterusnya, anda perlu mencipta dan mengesahkan kata laluan yang baharu.
  7. #PENTING# Anda akan terima frasa peribadi dan anda bertanggungjawab untuk memastikan ia disimpan dengan selamat. Frasa peribadi ini ibarat nombor PIN, kata laluan, dan kunci ke rumah anda.
  8. Langkah seterusnya anda hanya perlu mengesahkan frasa peribadi anda. Tahniah! Sila menggunakan MetaMask dengan cermat.

Anggap MetaMask sebagai dompet anda dan bukannya simpanan akaun bank. Dompet berguna untuk anda melakukan transaksi dan menyimpan baki. Adakah anda ingin menyimpan seluruh wang simpanan anda dalam dompet? Sudah tentu tidak!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top