Now Reading
Apa itu Seni Kripto?

Apa itu Seni Kripto?

Adakah anda tahu tentang Non-Fungible Token (NFT) atau token tidak sepiawai? Sebelum anda membaca lebih lanjut, anda boleh baca tentang NFT di sini.

Tahukah anda bahawa sebuah NFT lukisan Vitalik Buterin, pengasas Ethereum, telah dijual dengan nilai 260 ETH kira-kira RM600,000 nilai semasa. Karya seni adalah hasil kerjasama dua orang karyawan kripto iaitu Jones Trevor dan Alotta Money.

Karya itu diberi nama EthBoy menggambarkan Vitalik Buterin dalam pakaian penghibur zaman pertengahan, duduk dengan senyuman dan berlatarkan kertas dinding semulajadi yang hijau.

Bagaimana lukisan digital seperti ini berharga? Bagaimana sebenarnya teknologi mata wang kripto dan blok rantai menjadi pemangkin kemajuan dunia seni?

Apa itu Seni Kripto?

Seni kripto merujuk kepada karya fizikal atau digital bertemakan mata wang kripto. Ia juga merujuk kepada karya seni yang di-token dalam blok rantai.

Menurut Jason Bailey dari Artnome, seni kripto adalah istimewa kerana disertakan dengan token yang unik dan hanya wujud dalam blok rantai.

Oleh itu, NFT memberi nilai unik, hakmilik, simpanan koleksi, dan terhad membuatkan ia berharga. Malah, NFT juga boleh dijual beli sesuai dijadikan aset digital.

Bagaimana ia bermula?

Pada tahun 2014, Monegraph merupakan platform terawal membenarkan artis untuk menghasilkan kunci unik karya seni mereka dan disimpan dalam blok rantai. Artis boleh menjual hakmilik karya tersebut dengan menjual kunci unik itu.

Seterusnya, Rare Pepe diperkenalkan pada tahun 2016 menggunakan platform blok rantai dipanggil Counterparty. Ia dihasilkan selepas peningkatan mendadak terhadap meme Pepe. Ia memiliki sejarah revolusi tersendiri.

Pada tahun 2018, festival seni Rare Art Fest telah dianjurkan di Bandar New York bertujuan untuk mempromosi seni kripto dan seni digital yang jarang ditemui. Sebuah karya Homer Pepe telah dijual dengan harga $39,200 kira-kira RM160,000.

Sejak dari itu, komuniti seni kripto semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai.

Adakah seni kripto boleh dicuri atau disalin semula?

Antara soalan yang sering kedengaran adalah masalah hakmilik. Apabila pembeli membuat pembelian seni kripto, pembeli adalah pemilik tunggal NFT karya seni tersebut. NFT tidak boleh dihasilkan semula, ditempa, atau disalin oleh sesiapa. Jadi, pembeli adalah pemilik yang sah kepada NFT dan karya seni tersebut.

See Also

Sebagai contoh, karya lukisan Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vincci. Beberapa kurun selepas ia dihasilkan, terdapat lukisan yang palsu dan salinan dihasilkan di seluruh dunia. Walaupun ia dimiliki, ia jelas palsu dan tidak asli.

Bagi karya seni digital pula, ia boleh disimpan, tangkapan skrin, atau disalin. Namun, bukti hakmilik dan keaslian pemilik NFT tidak dapat disangkal.

Galeri Seni

Ianya pasti mengejutkan bahawa ada individu yang membeli seni kripto. Terdapat beberapa laman sesawang yang lebih mesra dipanggil galeri seni untuk seni kripto membolehkan ia dijual beli.

Antara yang terkenal adalah SuperRare, KnownOrigin, OpenSea, dan Async.Art. Apa yang lebih menakjubkan adalah terdapat juga seni kripto dan galeri seni yang wujud dalam dunia maya VR seperti Decentraland dan Cryptovoxels.

Ianya menakjubkan bagaimana peradaban manusia berubah sejak beribu-ribu tahun dahulu. Peradaban manusia dahulu menggunakan dinding gua atau batu untuk bercerita dan menghasilkan seni mereka. Kini, ia mampu dihasilkan dan disimpan secara atas talian.

Jika dibandingkan dengan karya seni sedia ada, anda pasti perlukan ruang rumah yang besar untuk mempamerkan semua koleksi anda. Kini, ia bukanlah satu masalah.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top