Now Reading
Luno Mendominasi Pasaran Aset Digital Malaysia

Luno Mendominasi Pasaran Aset Digital Malaysia

Luno Exchange-techcryption

Setelah pelancaran semula pada tahun 2019, Luno Malaysia mendominasi pasaran aset digital di Malaysia. Ia merupakan bursa aset digital yang dikawal selia terbesar dengan lebih 180,000 pengguna serta menjalankan transaksi dengan nilai RM 827 juta dalam setahun.

Melalui satu sesi media secara maya, Pengurus Luno Malaysia, Aaron Tang berkongsi pencapaian mereka tahun ini. Setakat ini, Luno Malaysia menyimpan lebih kurang RM 165 juta aset pelanggan mereka.

Menurut beliau, 68% pelanggan memilih aset digital untuk menambah kepelbagaian portfolio pelaburan mereka. Beliau juga berkongsi tentang minat berterusan rakyat Malaysia memilih aset digital sebagai pilihan pelaburan mereka.

Beliau menekankan bahawa fokus utama Luno Malaysia adalah dari bentuk sekuriti keselamatan dan penggunaan pelanggan. Antara penambahbaikan yang dilancarkan tahun ini adalah cara baharu untuk pelanggan menyimpan dana melalui FPX. Satu lagi ciri terbaharu mereka adalah Repeat Buy, membenarkan pelanggan untuk membeli aset digital secara automatik dan berjadual.

See Also
header how bitcoin work

Pada masa hadapan, kami berharap untuk menginovasi, mendemokrasikan dan mengembangkan lagi akses yang dibawakan oleh platform perkhidmatan bursa mata wang kripto yang dikawal selia, serta mendapat pengiktirafan berterusan daripada kerajaan yang menyediakan persekitaran kondusif untuk para pelanggan membeli dan berdagang aset digital dengan selamat

Aaron Tang, Pengurus Luno Malaysia

Luno adalah syarikat mata wang kripto global yang terkemuka dengan lebih 5 juta pelanggan di 40 negara dan mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 300 kakitangan. Beribu pejabat di London, Luno beroperasi di seluruh Afrika, Asia Tenggara dan Eropah. Produk dan perkhidmatannya menjadikan ia selamat dan mudah untuk membeli, menyimpan dan mempelajari tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Wawasan Luno ialah untuk melakukan penambahbaikan bagi mewujudkan sistem kewangan yang lebih baik di dunia.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top