Now Reading
Apa itu Dunia VR Blok Rantai?

Apa itu Dunia VR Blok Rantai?

Crypto Gamers Spent $1 Million Last Week to Purchase Virtual Land-techcryption

Adakah anda tahu tentang Non-Fungible Token (NFT) atau token tidak sepiawai? Sebelum anda membaca lebih lanjut, anda boleh baca tentang NFT di sini.

Jika NFT boleh digunakan untuk hakmilik karya seni dan hartanah dunia sebenar, sudah tentu ia juga boleh digunakan dalam dunia realiti maya atau virtual reality (VR).

Awal tahun ini, terdapat berita melaporkan tentang pemain permainan video kripto berbelanja lebih dari RM4 juta untuk tanah VR. Apakah yang membezakan penggunaan teknologi blok rantai dengan permainan VR yang lain? Biar kami terangkan dengan mudah kepada anda.

Apa itu dunia VR blok rantai?

Tidak seperti aplikasi, perisian, atau permainan biasa, teknologi blok rantai menambah baik industri VR. Blok rantai membolehkan aset dan kandungan dalam dunia VR untuk ditokenisasi oleh pengguna untuk mengesahkan hakmilik.

Apa yang lebih menarik adalah hakmilik tidak hanya untuk pemain atau individu biasa. Organisasi dan syarikat juga boleh memiliki aset dalam dunia VR untuk mempromosi produk dan perkhidmatan mereka. Ini menambahkan lagi ciri-ciri nyata untuk pengguna semasa dalam dunia VR.

Sebagai contoh, Decentraland adalah dunia VR yang terawal dan popular dengan menggunakan blok rantai Ethereum. Decentraland membenarkan pengguna untuk mencipta, meneroka, dan terlibat dalam aktiviti pasaran. Oleh itu, pengguna bukan sahaja mengalami keunikan dunia VR malah boleh membeli dan menyimpan aset digital.

Tadbir urus tanpa pusat

Kebanyakan dunia VR memiliki kandungan sedia ada, dan kandungan baharu akan di muat naik oleh pengurusan syarikat. Urus tadbir secara berpusat ini membolehkan syarikat untuk mengawal dan menapis aset dan kandungan dalam dunia VR.

Ianya adalah ideal untuk dunia VR blok rantai untuk diurus tadbir secara tidak berpusat tetapi ditentukan oleh ahli komuniti itu sendiri. Komuniti dunia VR itu sendiri akan menentukan hala tuju mereka. Ianya tidak mustahil dengan menggunakan protokol Decentralized Autonomous Organization (DAO) yang membenarkan undian dan pemilihan dilakukan secara adil dan telus.

Kreativiti dan kemungkinan tanpa batas

Dunia VR bukan sahaja tentang membeli dan membangunkan tanah. Segalanya bergantung kepada kreativiti pengguna.

Terdapat pengguna yang telah menunjukkan bakat kreatif mereka dalam dunia VR. Wujud bangunan seperti galeri seni, muzium, kedai muzik, bilik pameran, dan taman tema lengkap dengan tarikan tersendiri.

See Also

Ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia memaksa semua untuk mengharungi norma baharu. Dunia VR menunjukkan potensi yang besar kepada syarikat dan pengguna di luar sana. Pelbagai acara, parti, pertandingan, dan pameran telah dianjurkan dalam dunia VR. Ini membuktikan bahawa ia boleh menjadi alternatif yang lebih baik.

Peneraju pemain industri

Jika anda fikir anda perlukan sebuah komputer berkuasa tinggi dan sebuah set VR untuk mulakan penerokaan anda, anda silap. Kebanyakan dunia VR ini memerlukan spesifikasi minimum dan tidak memerlukan kelengkapan VR. Malah, ia boleh dilancarkan menggunakan pelayar web.

Anda boleh mulakan pengembaraan anda dalam dunia VR blok rantai yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini.

  1. Decentraland
  2. Cryptovoxels
  3. The Sandbox
  4. Somnium Space

Ianya adalah sesuatu yang menerujakan kerana pembangunan dunia VR blok rantai masih lagi baharu. Ibarat kerajaan membuka peluang penerokaan tanah dan anda boleh jadi peneroka awal.

Oleh itu, adakah anda tertarik untuk jadi peneroka aset digital dalam bentuk VR?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top