Mangsa iShareFans Harus Belajar Dari Komuniti Kripto

Baru-baru ini, satu skim penipuan Ponzi telah dikenal pasti di Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan dipanggil iShareFans. Pengguna yang berdaftar boleh menjana pendapatan dengan melengkapkan tugas di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Youtube, atau Facebook.

Pendapatan yang diterima iFansShare adalah daripada individu dan organisasi yang membeli pengikut dan like daripada mereka. Perkara ini yang membolehkan mereka membayar pengguna iShareFans.

Namun, tugasan pengguna biasa adalah terhad. Jadi, mereka perlu membeli keahlian untuk melengkapkan lebih banyak tugas serta menambah kadar ganjaran. Selain itu, pengguna iShareFans akan mendapat ganjaran lebih jika berjaya menarik pengguna baharu.

Teknik jelas lagi nyata

Isu sebegini bukan sesuatu yang baharu dalam komuniti kripto. Terdapat pelbagai skim penipuan aktif yang memberi nama buruk kepada mata wang kripto.

Antara nama kontroversi baru-baru ini adalah BitClub Network, sebuah penipuan perlombongan kripto. Begitu juga dengan kes penipuan mlm, OneCoin.

Kes-kes di atas tampak sebagai sejenis skim penipuan yang jelas dan nyata. Namun, mangsa mudah terjerat adalah kerana beberapa faktor seperti kurangnya pendidikan kewangan, dan keadaan terdesak.

Kesedaran Komuniti Kripto

Setelah bertahun-tahun, pelbagai pengajaran dirasai oleh pengguna dalam komuniti kripto. Seharusnya, mangsa iShareFans juga harus mengambil pengajaran ini untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Duit tidak turun seperti hujan!

Tiada istilah duit mudah dan lumayan tanpa usaha. Tidak dinafikan terdapat cara untuk menjana aset digital secara mudah tetapi pulangannya kecil dan perlukan ketabahan. Caranya kami kongsi di sini.

Status VIP

Tidak ada masalah perkhidmatan menawarkan pakej dan plan istimewa untuk pelanggan. Namun, caj yang tidak masuk akal adalah petanda yang jelas.

Sama seperti skim cepat kaya, mangsa perlu membayar sejumlah wang yang lebih banyak untuk mendapatkan pulangan tidak masuk akal dalam tempoh segera. Andai wujud perkhidmatan yang sah sebegini, sudah tentu kita dapat kurangkan kadar kemiskinan.

See Also

Kawan saya dah dibayar, mana ada tipu!

Memang betul, jika terdapat bukti bahawa seseorang telah menerima pulangan sukar untuk kita sangkal. Terutamanya jika mereka dikalangan rakan atau keluarga kita sendiri.

Ada dua perspektif untuk kita menilainya. Pertama sekali, tidak mustahil mereka adalah pelakon. Mereka mungkin berkomplot dengan syarikat penipuan. Sebagai contoh, terdapat pelbagai ruang kumpulan dalam Telegram yang menawarkan skim-skim kripto berbeza. Untuk meyakinkan pengguna baharu, mereka akan berkongsi testimoni beserta tangkapan skrin. Namun, tidak mustahil mereka adalah pelakon yang berkomplot dengan tangkapan skrin yang diubah suai.

Kedua, kebiasaannya dalam skim Ponzi, mereka akan menggunakan modal yang diterima daripada mangsa. Jadi, apabila mangsa baharu membuat pelaburan dengan sejumlah wang, penipu akan menggunakan wang tersebut untuk membayar ganjaran kepada pengguna sedia ada. Licik bukan?

Jadi, sentiasalah berwaspada dan lakukan kajian anda sendiri. Ianya adalah penting untuk memahami dan mengetahui cara ia berfungsi apabila ia melibatkan wang anda.

Jika mangsa boleh berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan status VIP, mangsa seharusnya melabur menggunakan bursa aset digital yang sah untuk menjamin masa hadapan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top