Now Reading
Apa itu Organisasi Berautonomi Terpencar (DAO)?

Apa itu Organisasi Berautonomi Terpencar (DAO)?

Organisasi Berautonomi Terpencar atau DAO (Decentralized Autonomous Organization) adalah satu subjek blok rantai yang kedengaran teknikal dan sukar. Jika dilihat dari sudut teknologi, ia menggunakan blok rantai untuk menjalankan pentadbiran berautonomi tanpa campur tangan pusat.

Namun, ia adalah subjek yang mudah. Kami akan bantu anda memahami konsep DAO secara ringkas!

Apa yang anda perlu tahu?

Menurut satu kertas subjek yang ditulis oleh Usman W. Chohan dari University of New South Wales, DAO adalah organisasi yang beroperasi menggunakan set peraturan program komputer dipanggil kontrak pintar.

Kontrak pintar dihasilkan menggunakan teknologi blok rantai untuk merekod data yang lengkap dengan tanda masa dan tidak boleh diubah. Kombinasi ini membolehkan organisasi beroperasi secara terpencar dan berautonomi.

Dalam DAO, setiap keputusan dibuat berdasarkan konsensus undian diantara pemilik token. Untuk pengetahuan anda, rangkaian Bitcoin juga dianggap DAO kerana sifat protokol dan secara terpencar.

Kisah DAO

Pada 2016, sebuah inisiatif dipanggil DAO berjaya mengumpul dana sebanyak $150 juta menggunakan kontrak pintar melalui blok rantai Ethereum. Ia bertujuan untuk memberikan pengguna pengurusan dana secara berautonomi tanpa pengurus dana tradisional.

Selain itu, pihak berkepentingan mempunyai hak untuk mengundi dalam keputusan pelaburan dan pengambilan kontraktor. Malangnya, penggodam berjaya mengambil kesempatan terhadap kelemahan sekuriti yang pernah diutarakan dalam satu kertas kajian awal. Penggodam tersebut mengambil alih sebanyak 3.6 juta ETH sehingga blok rantai Ethereum melalui proses fork atau pemisahan.

DAO di masa hadapan

Pentadbiran secara DAO dapat diwujudkan kerana teknologi blok rantai. Kelebihan DAO dapat dilihat dari segi terpencar, ketelusan, dan kos lebih efektif.

See Also

Namun, DAO masih baharu sama seperti mata wang kripto dan blok rantai. Sudah tentu ia akan memakan masa untuk DAO diterima dan digunakan di seluruh dunia.

Akan tetapi, warga komuniti kripto sentiasa teruja untuk bereksperimen dengan inovasi dan peluang. Techcryption pernah diberi peluang untuk terlibat dalam bengkel pertama DAO di Malaysia yang dianjurkan oleh Bitcoin Malaysia.

Jason Chew dari Bitcoin Malaysia berkongsi pengalaman bengkel DAO beliau dan bagaimana beliau mendapatkan dana untuk menganjurkan pembelajaran tentang DAO. Anda boleh baca liputan khas kami di sini.

Selain daripada itu, kami juga pernah membuat liputan tentang DAO of Wu yang dianjurkan oleh TYGS dan DAOFest dalam memperkasa komuniti kreatif bersama Jason Vandal, seorang artis hip-hop dan usahawan. Liputan khas kami boleh dibaca di sini.

Bayangkan kemampuan jabatan dalam sesebuah syarikat yang menggunakan DAO. Menarik bukan?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top