Now Reading
Dunia Aset Digital: Yearn.Finance (YFI)

Dunia Aset Digital: Yearn.Finance (YFI)

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Jika anda masih belum kenal Yearn.Finance (YFI), anda mungkin ketinggalan musim ‘decentralized finance‘ (DeFi) atau kewangan terpencar baru-baru ini. Biar kami bantu anda memahami YFI dan mengapa harganya melepasi harga Bitcoin setakat ini.

Apa itu Yearn.Finance?

Ia bermula apabila Andre Cronje menguruskan dana yang dilaburkan oleh ahli keluarga serta rakannya untuk mendapatkan pulangan peratus tahunan (APR) daripada koin stabil. Beliau harus melakukan semua kaedah secara manual.

Beliau dan sekumpulan pemaju lain membangunkan Yearn.Finance lebih daripada sekadar agregator APR biasa. Ruangan ekosistem Yearn.Finance terdiri daripada tukaran pulangan automatik, cagaran koin stabil, gabungan kecairan, pembuat pasaran automatik, insurans dan pinjaman.

Pentadbiran

Yearn.Finance beroperasi secara terpencar yang membenarkan pengguna dalam komuniti tersebut mencadang dan meluluskan perubahan serta tambahan baharu. Ia ditadbir menggunakan token jenis pentadbiran dipanggil YFI.

Ketika ini, terdapat hanya 30,000 YFI yang diagihkan. Ia hanya boleh dimiliki daripada bursa kripto. Menurut Andre, YFI seharusnya tidak mempunyai nilai dan dia tidak memilikinya langsung.

Namun begitu, bekalan YFI boleh bertambah jika cadangan untuknya diluluskan oleh ahli lain dalam komuniti Yearn.Finance.

Pergerakan harga luar biasa

Pada bulan Ogos yang lepas, harga tertinggi YFI mengatasi harga semasa Bitcoin (BTC) pada $13,370 bersamaan RM54,442. Namun, harga YFI terus melonjak pada nilai tertinggi pada $43,678 bersamaan RM177,856 pada September 2020. Kemudian, ia diikuti pembetulan pasaran awal November dengan menjunam pada paras $8,500 bersamaan RM34,612.

See Also

Nama-nama terkenal dalam dunia kripto seperti CEO Bitmex, Arthur Hayes, meramal harga YFI akan mencecah $100,000 berdasarkan had bekalan YFI.

Token atau produk ditawarkan?

Pergerakan nilai harga YFI mungkin menjadi faktor utama untuk pelabur berisiko tinggi, tetapi tidak dinafikan bahawa platform Yearn.Finance memudahkan pengalaman pengguna terhadap DeFi.

Kemampuan untuk melabur dan mendapat pulangan tertinggi dapat dilakukan secara mudah adalah satu pengalaman yang menyegarkan dalam dunia kewangan semasa. Dalam satu sudut, pelabur boleh meletakkan wang pelaburan mereka tanpa banyak ‘songeh’ seperti pergi ke pejabat bank, tandatangan dokumen, berurusan dengan orang tengah, dan banyak lagi.

Namun diingatkan bahawa, YFI bukanlah aset digital yang diiktiraf dan disahkan serta tidak ditawarkan oleh mana-mana Bursa Aset Digital (DAX) Malaysia yang sah.

Untuk pengetahuan anda, Andre Cronje juga sedang menguruskan projek lain ketika ini. Anda mungkin ingin mengetahui lanjut tentangnya.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top