Now Reading
Apa itu Koin Stabil?

Apa itu Koin Stabil?

USDC Dominates Stablecoins with $452 Million Market Cap-Techcryption-01

Kebanyakan bursa kripto di luar sana menawarkan pasangan dagangan USDT, USDC, DAI, BUSD, dan pelbagai lagi. Kebiasaannya, koin stabil adalah sejenis mata wang kripto yang disandarkan dengan nilai mata wang tertentu. Selain bersandarkan nilai mata wang, koin stabil juga boleh disandarkan dengan komoditi lain.

Apa kata kita cuba teroka tentang koin stabil dengan lebih mudah.

Asal usul

Pada tahun 2014, Robert Sams berkongsi kertas akademik membahas tentang kaedah bekalan elastik serta permasalahannya. Berdasarkan kaedah tersebut, beliau mencadangkan algoritma, mekanisma terpencar, terbuka, dan telus. Ia dipanggil Seigniorage Shares.

Kebiasaannya, bank pusat mengawal nilai wang fiat serta jumlah bekalan. Berdasarkan cadangan Robert Sams, kaedahnya akan memenuhi kehendak dan bekalan tanpa campur tangan bank pusat.

Kaedah Seigniorage Shares hanyalah salah satu cadangan untuk menguruskan risiko untuk mata wang kripto.

Sebagai contoh, Tether (USDT) adalah koin stabil yang disandarkan dengan nilai Dolar Amerika. Setiap satu token Tether bersamaan dengan $1 dolar dengan kadar 1:1 termasuk jumlah yang diedar.

Kenapa koin stabil?

Koin stabil wujud untuk mengawal kestabilan harga. Masalah ini berlaku kerana pergerakan harga yang tidak stabil. Oleh kerana itu, ia tidak sesuai untuk digunakan secara umum. Sebagai contoh, satu piza bersaiz sederhana bersamaan 1 BTC, mungkin esok 2 BTC untuk piza yang sama.

Koin stabil mampu menjadi perantara kepada mata wang kripto untuk memastikan pelabur mempunyai pilihan pengurusan risiko.

Jenis-jenis koin stabil

Setakat ini, terdapat empat jenis koin stabil dengan projek yang menggunakannya;

  1. Bersandar wang fiat: Tether USD, True USD, Binance USD
  2. Bersandar komoditi: DigiX
  3. Bersandar mata wang kripto: DAI, Synthetix
  4. Seignorage (tanpa cagaran): tiada projek yang aktif semasa ini

Setiap jenis koin stabil memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada penggunaan tertentu.

Bekalan dan kehendak

Isu utama yang sering dipertikai adalah jika bank pusat boleh mencetak wang tanpa had, bagaimana pula dengan koin stabil?

Ia bergantung kepada mekanisma yang digunakan oleh pembekal koin stabil.

Contohnya, USD Coin (USDC) adalah koin stabil berdasarkan wang fiat yang dicipta oleh Circle dan Coinbase. Namun, entiti yang menguruskannya adalah CENTRE. CENTRE adalah rangkaian teknologi yang bertindak sebagai pengurus dan pembekal kepada ahli-ahlinya.

See Also

Terdapat dua situasi dalam pergerakan bekalan USDC. Apabila pelanggan membuat deposit untuk mendapatkan USDC, rangkaian CENTRE akan menjalankan proses pengesahan. Selepas ia disahkan, koin USDC akan diambil dari bekalan sedia ada. Jika tiada bekalan, koin baharu akan dihasilkan.

Apabila pelanggan membuat permintaan pengeluaran, koin USDC yang beredar akan dikembalikan dalam bekalan sedia ada. Tetapi, jika jumlah nilai bekalan sedia ada melepasi had, koin lebihan akan dihapuskan.

Koin stabil VS mata wang digital bank pusat

Mata wang digital bank pusat (CBDC) sering disamakan dengan koin stabil. Kedua-duanya dalam bentuk digital tetapi fungsinya berbeza.

Koin stabil dikeluarkan secara swasta berbanding CBDC yang dikeluarkan oleh bank pusat. Namun, setakat ini belum ada rujukan yang menyeluruh tentang keduanya kerana sesetengah bank pusat masih mengkaji dan bereksperimen dengannya.

Keadaan semasa

Berdasarkan statistik CoinGecko, lima koin stabil utama berdasarkan modal pasaran ketika ini adalah;

  1. Tether ($19.7 bilion)
  2. USD Coin ($3 bilion)
  3. DAI ($1 bilion)
  4. Binance USD ($670 juta)
  5. Paxos Standard ($392 juta)

Aplikasi dan penggunaan wang stabil mungkin akan berubah pada masa hadapan kerana inovasi, kawal selia, dan penggunaan umum. Walau bagaimanapun, kripto akan sentiasa di sini.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
1
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top