Now Reading
Dunia Aset Digital: Binance Coin (BNB)

Dunia Aset Digital: Binance Coin (BNB)

CZ Binance Makes BTC Price Prediction-TECHCRYPTION-01

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Binance Coin (BNB)?

Binance Coin (BNB) adalah mata wang kripto utama untuk eko-sistem Binance yang terdiri dari pelbagai produk dan perkhidmatan. Ia dilancarkan pada 2017 melalui Tawaran Koin Awal (ICO) dengan bekalan awal sebanyak 200 juta. Namun, pembakaran koin akan dilakukan setiap suku tahun hingga bekalan berkurang menjadi 100 juta.

Awalnya, BNB merupakan token ERC-21 yang beroperasi menggunakan blok rantai Ethereum. Pada April 2019, Binance mengumumkan pelancaran rangkaian utama (mainnet) dan memindahkan semua BNB ke blok rantai Binance Chain.

Pelbagai fungsi

Menariknya, fungsi BNB bertambah terutama apabila Binance mengumumkan pengambil alihan atau kerjasama dengan syarikat lain.

BNB boleh digunakan untuk;

  1. Membayar caj dagangan di Bursa Binance
  2. Membuat atau menerima bayaran
  3. Tempahan tiket penerbangan atau penginapan hotel
  4. Ekonomi dan hiburan maya blok rantai
  5. HODL untuk menerima ganjaran udara

Lawat sini untuk senarai penuh eko-sistem Binance.

Perkembangan menakjubkan Binance

See Also
what-is-ethereum-techcryption

Walaupun terdapat beratus bursa mata wang kripto di luar sana, Binance berkembang sangat maju. Ia mula beroperasi pada tahun 2017 dan kini memiliki modal pasaran sebanyak $4.1 bilion bersamaan kira-kira RM 16 bilion menurut data CoinGecko.

Selain itu, perkembangan ini juga menunjukkan penerimaan mata wang kripto bersama teknologi blok rantai di peringkat global. Ia sudah tentu menjadi penunjuk arah untuk syarikat perniagaan dan mana-mana pentadbiran kerajaan pada masa akan datang.

Untuk rakyat Malaysia, BNB adalah aset digital yang belum diluluskan dan tidak didagangkan oleh mana-mana Bursa Aset Digital (DAX) tempatan. Tambahan lagi, Binance tersenarai dalam senarai amaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Ianya penting untuk memahami dan menguruskan risiko dalam apa sahaja bentuk pelaburan. Betul tak?

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top