Mulakan Perjalanan Kripto Anda Bersama Luno di Shopee

Luno Malaysia, salah satu Bursa Aset Digital yang diluluskan untuk beroperasi oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan kerjasama ketiga syarikat itu bersama Shopee untuk memacu kesedaran dan penerimaan terhadap mata wang kripto di Malaysia.

Pengguna dapat membeli baucer mata wang kripto Luno dari Shopee pada harga serendah RM 0.50. Baucer tersebut boleh ditebus melalui aplikasi telefon pintar dan komputer Luno untuk pengguna membuat pembelian aset digital seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), dan Litecoin (LTC). Pengguna boleh menebus baucer tersebut sepanjang kempen promosi serta berpeluang untuk memenangi Bitcoin bernilai RM 500. Promosi berlangsung hingga 31 Januari 2020.

“Hanya dengan beberapa klik, pengguna boleh mendapatkan mata wang kripto secara selamat dan sah. Jualan Hari Jadi Shopee 12.12 merupakan titik permulaan yang baik untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan pelaburan kripto mereka. Kami berharap usaha ini dapat memacu kesedaran dan penerimaan pengguna terhadap pelaburan mata wang kripto.”

Aaron Tang, Pengurus Luno Malaysia

Tambahan beliau lagi, minat terhadap mata wang kripto semakin bertambah di kalangan pelabur Malaysia pada tahun ini. Beliau percaya bahawa menjadi bursa yang dikawal selia membolehkan Luno untuk meneroka cara dan inovasi baharu untuk menarik pengguna baharu di Malaysia.

See Also

Tidak lama sebelum ini, Luno Malaysia berkongsi pencapaian mereka dengan mendominasi pasaran aset digital tempatan dengan 180,000 pengguna dengan transaksi bernilai lebih RM 827 juta setakat tahun ini sahaja.

Luno adalah syarikat mata wang kripto global yang terkemuka dengan lebih 5 juta pelanggan di 40 negara dan mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 300 kakitangan. Beribu pejabat di London, Luno beroperasi di seluruh Afrika, Asia Tenggara dan Eropah. Produk dan perkhidmatannya menjadikan ia selamat dan mudah untuk membeli, menyimpan dan mempelajari tentang mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Wawasan Luno ialah untuk melakukan penambahbaikan bagi mewujudkan sistem kewangan yang lebih baik di dunia.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top