Now Reading
Apa itu Diem oleh Facebook?

Apa itu Diem oleh Facebook?

$28 Million-Funded Crypto Startup Tagomi will Join Facebook Libra-techcryption

Masihkah kau ingat? Projek mata wang kripto milik Facebook yang dipanggil Libra? Pada 1 Disember 2020, projek itu dikenali dengan nama baharu, Diem. Projek ini menampilkan ahli profesional terbaik untuk menjayakan Diem Association dan Diem Networks.

Idea asal

Pada asalnya, Libra akan menjadi sejenis koin stabil yang dicagarkan dengan dolar Amerika, dolar Singapura, dan Pound Sterling UK.

Namun, tidak lama selepas pengumuman tentang Libra dibuat Facebook, projek ini ditekan habis-habisan oleh kerajaan dan badan kawal selia Amerika Syarikat (AS). Projek Libra ditangguhkan sehingga mendapat lampu hijau baru-baru ini.

Adakah Diem masih sama?

Visi dan misi Diem tetap sama iaitu membina rangkaian kewangan yang dipercayai dan berinovasi untuk memperkasa pengguna serta perniagaan di seluruh dunia. Secara ringkasnya, menawarkan akses perkhidmatan kewangan mampu milik dan selamat.

Sistem bayaran Diem mengandungi elemen seperti berikut;

  1. Mudah alih – boleh diakses dengan peranti dan sambungan data pemula atau asas
  2. Stabil – dicagarkan dengan aset yang pelbagai
  3. Pantas
  4. Global
  5. Boleh skala – protokol terbuka Diem membolehkan pengaturcara dalam komuniti tersebut untuk membina produk dan perkhidmatan
  6. Selamat – protokol Diem menggunakan teknologi blok rantai yang direka untuk keselamatan terbaik

Pelancaran yang ditunggu-tunggu

Daripada pengumuman baru-baru ini, Diem akan dilancarkan pada awal tahun 2021. Namun, Diem hanya akan dicagarkan dengan dolar AS.

Jika pelancaran Diem berjaya, ia akan menjadi satu titik permulaan besar untuk Facebook. Ini kerana Facebook mampu memberikan akses perkhidmatan kewangan kepada 2.7 bilion penggunanya.

See Also
USDC Dominates Stablecoins with $452 Million Market Cap-Techcryption-01

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

Setakat ini, produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh Diem masih belum diketahui. Mungkin ia bergantung kepada ahli-ahli dalam Diem Association.

Antara nama yang dikenalpasti dalam Diem Association adalah Coinbase, Lyft, Shopify, Spotify, Temasek, dan Uber. Senarai penuh boleh dirujuk di sini.

Bagaimanapun, cara pelancaran dan penerimaan Diem masih lagi menjadi tanda tanya kepada semua. Namun yang demikian, melihat pembangunan dan penerimaan koin stabil seharusnya memacu Diem ke arah yang betul.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top