Now Reading
Apa itu Enzyme Finance (sebelum ini Melon)?

Apa itu Enzyme Finance (sebelum ini Melon)?

Melon Protocol mengalami penjenamaan semula kepada Enzyme Finance berdasarkan pengumuman pada pertengahan Disember 2020. Tiada migrasi token akan berlaku dan Enzyme akan terus menggunakan token MLN.

Dalam perspektif yang sempit, melaburkan sejumlah dana adalah mudah selagi pelabur memiliki sejumlah wang yang akan diuruskan oleh firma pengurusan dana. Malah, setiap keputusan yang melibatkan dana tersebut dilakukan oleh pengurus dana.

Tambahan lagi, dana pelabur akan dipegang oleh pihak ketiga yang terdedah dengan aktiviti yang mencurigakan.

Apa itu Enzyme Finance?

Enzyme Finance dicipta untuk menawarkan penyelesaian terhadap masalah pengurusan dana secara tradisional. Kebiasaannya, pelabur boleh melabur dalam dana yang diuruskan oleh pengurus dana.

Isu yang cuba diselesaikan oleh Ezyme adalah;

  1. Ekosistem yang selamat untuk pelabur dan pengurus dana
  2. Keberkesanan kos dan masa untuk pengurus
  3. Pengurusan dan ketelusan dana
  4. Pengekalan dana untuk pelabur

Bagaimana ia berfungsi?

Aspek teknikal mungkin agak sukar untuk diterangkan. Oleh kerana itu, memudahkan serta meringkaskan adalah tugas kami di Techcryption.

Enzyme Finance adalah protokol yang menggunakan teknologi blok rantai Ethereum. Dengan menggunakan kemampuan kontrak pintar, Enzyme Finance mampu menawarkan platform pengurusan aset secara terpencar atau tanpa pusat.

Urus Tadbir

Tidak seperti protokol terpencar yang lain, Enzyme Finance tidak menggunakan urus tadbir berdasarkan undian. Untuk bacaan lanjut tentang perkara ini, anda boleh baca di sini.

Enzyme Finance menggunakan urus tadbir yang dipanggil Council yang terdiri daripada dua komponen, Melon Technical Council (MTC) dan Melon Exposed Business (MEB). Setiap anggota majlis ini terdiri daripada mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang mereka.

Kaedah ini menjadikan kedua-dua majlis sebagai sistem semak dan imbang.

Token MLN

See Also
5 Best Crypto & Blockchain Books Everyone Should Read-techcryption-01

Melon (MLN) adalah sejenis token utiliti yang dicipta untuk platform Enzyme Finance. Jika anda berminat tentang istilah dan spesifikasi khusus tentangnya, anda boleh baca di sini. Kami akan terangkan tujuan dan penggunaan token ini.

Bekalan awal untuk MLN adalah sebanyak 1,0002,000 token. Jumlah bekalan token akan dilupuskan atau burn berdasarkan beberapa faktor boleh ubah terkait.

MLN berfungsi sebagai;

  1. Caj pengurusan aset untuk rangkaian Melon
  2. Insentif dan ganjaran

Fungsi token ini juga boleh berubah dan dikembangkan bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh ahli majlis Enzyme.

Antara tarikan utama tentang projek ini bukanlah pada token yang ditawarkan tetapi pada model urus tadbirnya. Setiap perkembangan bergantung kepada kemahiran dan keperluan secara professional. Begitu juga dengan memberikan platform pengurusan dana yang lebih telus dan terpencar.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top