Now Reading
Apa itu Token Peminat?

Apa itu Token Peminat?

Pernahkah anda terfikir bahawa anda boleh mempengaruhi keputusan pasukan sukan kegemaran anda? Anda boleh mempengaruhi keputusan pentadbiran pasukan dari segi lagu tema, jersi, dan pemain MVP selepas tamat perlawanan? Ianya tidak mustahil dengan kewujudan token peminat.

Token peminat adalah aset digital yang membenarkan peminat-peminat pasukan sukan seperti e-sukan, bola sepak, atau seni bela diri campuran, membuat keputusan secara undian.

Chiliz (CHZ) peneraju utama!

Bagi mereka yang tidak tahu tentang Chiliz (CHZ), ia adalah sebuah projek mata wang digital untuk memperbaharui cara peminat berinteraksi dengan pasukan kegemaran mereka.

Ini semua boleh dilakukan dengan teknologi blok rantai. CHZ menggunakan teknologi blockchain dengan sokongan Socios.com. Platform ini juga dapat membantu pasukan kegemaran anda untuk menjana pendapatan tambahan secara global. Malahan, teknologi blok rantai membantu dalam proses ketelusan dan sekuriti kedua-dua pihak.

Ia boleh dilakukan apabila sesebuah pasukan bekerjasama dengan Socios.com untuk melancarkan Tawaran Token Peminat atau Fan Token Offering (FTO). Anda boleh memberi sokongan kewangan secara terus kepada pasukan kegemaran anda apabila anda terlibat dalam FTO.

Kelebihan

Apa yang anda perlu tahu pertama sekali adalah memiliki token peminat tidak bermakna anda mempunyai bahagian dalam pemilikan pasukan. Ia tidak berfungsi sebegitu. Jika ada yang datang kepada anda bahawa anda boleh memiliki pasukan tersebut jika membeli token peminat, sila tunjukkan pintu keluar kepada mereka.

Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh dinikmati oleh pemilik token berdasarkan program ganjaran ditawarkan oleh sesebuah pasukan. Anda boleh menerima ganjaran dalam bentuk status elit, program kesetiaan khas, atau barangan eksklusif yang terhad.

Akan tetapi, kelebihan utama adalah untuk membantu pasukan kegemaran anda untuk membuat keputusan secara undian. Proses ini melibatkan peminat dalam keputusan tertentu.

See Also

Pasukan yang tersedia setakat ini

Penerimaan peminat terhadap token peminat adalah menakjubkan. Sebagai contoh, token FC Barcelona mencapai $1.3 juta modal pasaran kurang daripada dua jam FTO mereka dilancarkan.

Setakat ini, pasukan bola sepak yang memiliki token peminat adalah FC Barcelona, Juventus, Paris Saint-Germain, Atlético de Madrid, dan banyak lagi.

Antara pasukan e-sukan yang telah melancarkan token mereka adalah OG, Team Heretics, Natus Vicere (NAVI), dan Team Alliance. Untuk senarai penuh, anda boleh baca di sini.

Token peminat adalah langkah yang menarik untuk peminat dan pasukan kegemaran mereka berinteraksi serta menunjukkan sokongan terhadap sesama mereka. Kemampuan interaksi dan ganjaran yang boleh disediakan adalah luas berdasarkan kreativiti pasukan masing-masing.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top