Now Reading
Apa itu Token Saham?

Apa itu Token Saham?

Percaya atau tidak, pasaran saham wujud sejak berkurun lamanya. Syarikat Hindia Timur Belanda adalah yang pertama disenaraikan dalam bursa saham rasmi pada awal kurun ke-17. Ia berikutan aktiviti eksplorasi ke timur memerlukan dana yang besar.

Abad ke-21 kini, pasaran saham berubah seiring dengan teknologi seperti proses jual beli lebih pantas, prestasi saham secara langsung, dan pelbagai lagi.

Era token

Pada 2009, Bitcoin diperkenalkan pada dunia melalui teknologi blok rantai. Sejak itu, ia berkembang dan memperkenalkan pelbagai inovasi terbaharu.

Pada Oktober 2020, FTX, sebuah bursa mata wang kripto, berjaya memperkenalkan token saham. Diikuti oleh Bittrex Global pada Disembar 2020. Saham seperti Amazon, Apple, Google, dan Tesla diperkenalkan dalam bentuk token.

Bagaimana ia boleh dilakukan?

Pasaran saham dan mata wang kripto adalah pasaran yang dikawal selia untuk melindungi pihak terlibat menjalankan proses jual beli secara selamat. Untuk memahami proses ini mungkin agak sukar, tetapi biar kami mudahkan.

Dalam kes yang dikongsi oleh Bittrex Global, firma tersebut bekerjasama dengan DigitalAssetsAG, sebuah firma teknologi kewangan. Proses menjadikan saham sebagai token adalah seperti berikut;

See Also
CZ Binance Makes BTC Price Prediction-TECHCRYPTION-01

  1. DigitalAssetsAG membeli saham syarikat yang akan dijadikan token,
  2. Saham yang dibeli akan diamanahkan kepada bank berlesen sebagai pihak kustodian,
  3. Bittrex Global akan menjana token saham pada kadar 1:1 untuk didagangkan.

Kelebihan

Apa kelebihan menjadikan saham dalam bentuk token? Apa yang membezakan saham tersebut dengan token?

Untuk pengetahuan ramai, token saham tidak dianggap sebagai sekuriti oleh pihak kawal selia AS. Token tersebut dianggap sebagai kontrak derivatif atau terbitan. Secara ringkas, pembeli membeli saham dengan proses tambahan, tetapi memudahkan. Ini sebabnya;

  1. Pendedahan global terhadap saham dan pelabur
  2. Dagangan luar waktu pasaran tradisional
  3. Cara yang sah untuk kepelbagaian pelaburan di luar pasaran tempatan

Teknologi blok rantai membawa inovasi dan perkembangan yang pesat untuk semua. Kami percaya masih banyak ruang penambahbaikan dan perubahan yang boleh diterokai.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
2
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top