Now Reading
Cryptobilis.com, e-dagang kripto pertama dilancarkan di Malaysia

Cryptobilis.com, e-dagang kripto pertama dilancarkan di Malaysia

Fetch International, sebuah syarikat pembayaran kripto baru-baru ini melancarkan laman e-dagang, cryptobilis.com. Ia yang pertama menawarkan pengalaman membeli-belah baharu untuk penggemar mata wang kripto di seluruh dunia. Ia menawarkan pelbagai jenis barangan jenama kripto pada harga yang berpatutan.

Lebih 500 jenis produk tersedia dari pelbagai jenis pilihan seperti dompet peranti, buku, swags, kolektibel, dan kursus kripto. Setiap produk di cryptobilis.com adalah unik dan berkualiti tinggi.

Kami teruja untuk memperkenalkan cryptobilis.com, sebuah laman e-dagang yang membolehkan penggemar kripto membeli produk dan barangan kripto pada bila-bila masa. Kami ingin mempercepat penggunaan mata wang kripto secara mudah dan selamat. Cryptobilis akan menawarkan pelbagai barangan berjenama unik yang digemari komuniti sedia ada. Malah, menawarkan kebolehan kepada pelanggan untuk menggunakan mata wang kripto mereka melalui ciri-ciri interaktif dan istimewa. Ia akan menjadi pengalaman membeli belah yang baharu untuk pelanggan kami.

Arravind Prabu, Pengasas dan CEO, Fetch International

Setakat ini, laman e-dagang tersebut menerima Ringgit Malaysia disamping empat mata wang kripto utama iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan XRP. Ciri bayaran ini menawarkan proses yang selamat, mudah, dan lancar kepada penggemar mata wang kripto melalui kaedah pembayaran Fetchpay. Setiap pembelian hanya memerlukan satu pengesahan blok rantai untuk ia diproses dan dihantar kepada pelanggan.

Kami juga percaya bahawa mata wang kripto kian berubah menjadi satu gaya hidup. Oleh kerana itu, kami terbuka untuk bekerjasama dari pelbagai pihak untuk memenuhi keperluan dalam industri kripto. Anda boleh hubungi kami jika anda mempunyai rekaan, produk, atau idea untuk bekerjasama.

Arravind Prabu, Pengasas dan CEO, Fetch International

Dalam masa terdekat, Fetch International akan memperkenalkan barisan produk baharu melalui cryptobilis.com untuk ‘paus-paus’ kripto, individu berpendapatan tinggi, serta mereka yang suka berbelanja mewah menggunakan mata wang kripto. Tambahan lagi, Fetch International akan mengembangkan pilihan bayaran untuk 40 lebih mata wang kripto, termasuk koin stabil supaya memenuhi kehendak pasaran berbeza dalam industri.

See Also
header how bitcoin work

Layari cryptobilis.com untuk mengalami pengalaman membeli-belah secara kripto. Beli produk barangan Bitcoin, Ethereum, altcoin, dan produk DeFi menggunakan Ringgit Malaysia atau mata wang kripto anda.

Tentang Fetch International

Fetch International adalah sebuah syarikat mata wang kripto Malaysia beroperasi di Petaling Jaya, Selangor. Sejak penubuhan pada November 2018, Fetch International terus meneroka dan membolehkan penggunaan mata wang kripto melalui perkhidmatannya. Untuk maklumat lanjut, layari fetch.international untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top