Apa itu Perlombongan Awan?

Bitmain Unveils 2 Bitcoin Miners-techcryption

Sejak Bitcoin wujud, terdapat pelbagai jenis kes penipuan telah dilaporkan. Pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama Bitcoin untuk mempromosi skim-skim mengarut mereka seperti skim piramid, skim pelaburan tidak masuk akal, Ponzi dan banyak lagi.

Secara teknikal, perlombongan awan boleh dilaksanakan. Namun, dari segi operasi dan kesahihan, ianya menimbulkan banyak persoalan.

Bayangkan anda melabur wang ke dalam sebuah syarikat yang mempromosi perlombongan Bitcoin dan menjanjikan pendapatan pasif untuk anda. Oleh kerana anda telah menerima sedikit bayaran daripada mereka, anda sebarkan skim tersebut kepada rakan serta sahabat terdekat anda. Tiba suatu hari, syarikat tersebut lesap bersama wang pelaburan anda serta rakan anda yang lain. Menyesal bukan?

Senario di atas hanyalah salah satu sebab kenapa syarikat yang mempromosi perlombongan awan Bitcoin tidak boleh dipercayai seratus peratus. Ini menjadi tanggungjawab kami di Techcryption untuk memberi penerangan dan menjelaskan yang mana fakta dan mana satu auta.

Adakah ia wujud?

Di atas kertas, ya. Sebuah syarikat atau organisasi boleh menubuhkan perlombongan mata wang kripto mereka dan menawarkan orang awam untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, isu terbesar yang dihadapi adalah isu percaya. Ia adalah sejenis pelaburan yang berisiko tinggi. Syarikat melarikan diri bersama wang pelaburan mangsa serta merta.

Oleh kerana itu, secara praktikalnya, ianya mustahil untuk pelabur yakin untuk terlibat dengan aktiviti perlombongan awan tanpa syarikat yang benar-benar boleh dipercayai.

Namun yang demikian, telah wujud sebuah syarikat perlombongan mata wang kripto yang besar beroperasi dengan utuh. Antara syarikat tersebut adalah Genesis Mining yang telah beroperasi sejak tahun 2013.

BTC Standard Hashrate Token (BTCST)

Sebuah projek yang dikenali sebagai BTC Standard Hashrate Token (BTCST) menawarkan kaedah perlombongan awam secara inovatif dan memberi jalan penyelesaian dalam isu dihadapi.

BTCST adalah sejenis token yang dicagarkan dengan tenaga melombong Bitcoin. Satu BTCST bersamaan dengan 0.1 terahash per saat (TH/s) dalam kiraan kemampuan melombong Bitcoin. Pemilik BTCST boleh menggunakan token tersebut untuk mendapatkan pengagihan harian BTC.

See Also
Apa itu MimbleWimble-techcryption

Apa yang lebih menarik adalah, BTCST juga boleh didagangkan di dalam bursa tukaran sedia ada. Oleh itu, selain dari menyimpan untuk kegunaan melombong Bitcoin, token itu memiliki nilai jual beli.

Jika anda berminat, anda boleh membaca kertas putih projek ini secara lanjut di sini.

Arus yang masih awal

Projek BTCST ini adalah salah satu contoh yang baik untuk memberi jalan penyelesaian dalam masalah yang dihadapi perlombongan awan. Kami percaya projek seperti ini masih lagi awal dan berpotensi untuk berkembang.

Mungkin dengan ini juga, pelabur awam akan kembali berminat untuk melombong atau juga, perlombongan mata wang kripto tidak lagi releven. Hanya masa yang dapat menentukan!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top