Now Reading
Mengapa Frasa Benih itu Penting?

Mengapa Frasa Benih itu Penting?

Four BTC Lost in the Lightning Network-Techcryption-01

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda terlupa kata laluan akaun bank? Terlupa nombor kad ATM? Terutamanya ketika masa terdesak seperti ingin membuat bayaran dan sebagainya. Sudah tentu anda boleh memilih untuk menukar kata laluan dan mendapatkan kata laluan yang baharu. Namun, dalam dunia mata wang kripto, tiada istilah ‘tukar kata laluan’.

Jika anda menggunakan Bursa Aset Digital (DAX) yang diiktiraf, anda pasti tidak perlu risau tentang frasa benih. Ini kerana pelaburan anda berada di bawah simpanan pihak yang telah diamanahkan.

Namun, jika anda menggunakan dompet kripto peribadi, sama ada yang sejuk atau panas, anda mengawal dana pelaburan anda sepenuhnya. Setiap dompet baharu akan menghasilkan frasa benih. Jika anda kehilangan frasa benih ini, anda tidak akan dapat mengakses dompet anda untuk selama-lamanya.

Kejadian malang yang menimpa Stefan Thomas,bekas CTO Ripple

Stefan Thomas merupakan bekas Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Ripple sedang runsing tentang kata laluan mata wang kripto miliknya. Pada tahun 2011, beliau menerima Bitcoin sebagai hadiah untuk usaha beliau dalam menghasilkan video pembelajaran Bitcoin. Ianya dilaporkan bahawa terdapat 7,002 unit Bitcoin dalam dompet peranti IronKey miliknya yang berjumlah $230 juta mengikut nilai semasa Bitcoin.

Pada awalnya, beliau memiliki sepuluh percubaan untuk meneka kata laluan dompet tersebut sebelum ia terkunci untuk selama-lamanya. Kebiasaannya, jika anda terlupa kata laluan dompet, anda boleh menggunakan frasa benih untuk membukanya. Namun, dia juga kehilangan frasa benih miliknya.

See Also

Pasti anda terasa panas dengan kejadian yang menimpanya. Semoga beliau mengingat kembali kata laluan miliknya atau terjumpa frasa benih semula.

Perkara sebegini adalah biasa dalam dunia kripto dan sering menimpa mereka yang baru berjinak-jinak. Setakat ini, ianya adalah mustahil untuk mendapatkan semula frasa benih yang hilang. Menurut satu laporan, sejumlah 3.7juta unit Bitcoin hilang selama-lamanya.

Rugi bukan!

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top