Now Reading
Apa itu Peluang Arbitraj?

Apa itu Peluang Arbitraj?

car 2020-techcryption

Arbitraj adalah terma yang sering digunakan dalam dunia pelaburan. Peluang arbitraj juga wujud dalam dunia mata wang kripto. Tetapi, apa itu arbitraj?

Menurut definisi Oxford, arbitraj merujuk kepada aktiviti membeli sesuatu daripada satu tempat dan dijual ke satu tempat yang lain dengan harga yang lebih mahal.

Sebagai contoh dalam dunia mata wang kripto, ibarat anda membeli Bitcoin dalam satu bursa dan menjual Bitcoin tersebut di bursa yang lain dengan harga lebih mahal. Aktiviti sebegini memberi peluang kepada pengguna untuk mengaut keuntungan daripada platform bursa berbeza.

Pasaran Malaysia

Setakat ini, terdapat tiga Bursa Aset Digital (DAX) yang dikawal selia di Malaysia. Rakyat Malaysia boleh membeli, menjual, atau menyimpan mata wang kripto melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Luno, Tokenize, dan Sinegy.

Oleh itu, tidak mustahil untuk mencari peluang arbitraj dalam pasaran Malaysia. Namun, caj rangkaian dan kiriman perlu diambil kira sebelum memulakan dagangan. Caj dikenakan berbeza mengikut DAX.

Sinegy Arb Scanner

Tahukah anda bahawa Sinegy memiliki laman yang menunjukkan peluang arbitraj untuk Bitcoin?

See Also

Buat ketika ini, laman tersebut hanya memaparkan peluang arbitraj untuk Bitcoin. Anda boleh mengakses laman tersebut di sini.

Laman tersebut dilengkapi dengan kemudahan seperti peratus margin dan teks yang mudah difahami.

Percaya atau tidak. kebanyakan pelabur yang berpengalaman mengaut keuntungan perdagangan menggunakan kaedah arbitraj.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top