Beli Bitcoin di Malaysia?

header how bitcoin work

Boleh ke beli Bitcoin dan mata wang kripto lain di Malaysia? BOLEH! Selain daripada Bitcoin, rakyat Malaysia juga boleh membeli Litecoin (LTC), Ripple (XRP), dan Bitcoin Cash (BCH).

Pada tahun-tahun sebelum ini, kerajaan Malaysia serta badan kawal selia telah membangunkan rangka kerja untuk menerima mata wang kripto. Ianya mula membuahkan hasil pada tahun 2019 selepas Luno Malaysia menerima lampu hijau daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai Bursa Aset Digital yang sah. Pada tahun berikutnya, Tokenize Malaysia dan Sinegy juga mendapat kebenaran untuk beroperasi.

Beli di mana?

Pelabur dinasihatkan untuk membeli mata wang kripto daripada bursa yang dikawal selia. Ini adalah untuk melindungi pelabur serta menambah pengurusan risiko pelaburan.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat tiga bursa yang telah dikawal selia oleh SC:

  1. Luno Malaysia
  2. Tokenize
  3. Sinegy

Bagaimana hendak beli?

See Also

Percaya atau tidak, membuat belian Bitcoin dan mata wang kripto yang lain adalah mudah di Malaysia. Hanya empat langkah sahaja yang diperlukan! Jika ini kali pertama anda, ikut empat langkah ini.

  1. Berdaftar dengan Bursa Aset Digital yang telah dikawal selia.
  2. Lengkapkan proses Know-Your-Customer (KYC)
  3. Deposit dana anda
  4. Beli Bitcoin atau mata wang kripto yang tersedia

Tahniah atas pembelian kripto pertama anda!

Bitcoin dan mata wang kripto yang lain boleh digunakan sebagai aset simpanan, atau aset dagangan. Selain itu, terdapat beberapa syarikat tempatan yang menerima Bitcoin sebagai cara membuat bayaran.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top