Now Reading
Dunia Aset Digital: Bitcoin Cash (BCH)

Dunia Aset Digital: Bitcoin Cash (BCH)

Bitcoin Jesus Viral-techcryption

Terdapat beribu-ribu jenis mata wang kripto yang wujud hari ini. Tetapi, tidak semua boleh dianggap sebagai aset pelaburan yang boleh dipercayai.

Dalam siri Dunia Aset Digital (DAD), kami di Techcryption akan meneroka mata wang kripto yang telah diterima oleh badan kawal selia dan juga yang mempunyai kegunaan semasa.

Apa itu Bitcoin Cash (BCH)?

BCH adalah hasil daripada perlaksanaan hard fork Bitcoin (BTC) pada tahun 2017 oleh beberapa kumpulan pemaju dan pelombong mata wang kripto. Hard fork tersebut dilaksanakan untuk mengatasi masalah kebolehskalaan yang dihadapi BTC.

Sepanjang kewujudan BCH, ia sering diposisikan sebagai definisi sebenar yang dimaksudkan oleh Satoshi Nakamoto dalam kertas putih hasilnya berkenaan tunai elektrik peer-to-peer.

Kelebihan

BCH memiliki komponen teknikal yang lebih baik daripada BTC, dari segi saiz blok, logaritma hash berbeza, dan implementasi Emergency Difficulty Adjustment (EDA).

Dari segi transaksi, BCH adalah lebih pantas serta membolehkan lebih banyak transaksi diproses dalam sesaat. Caj transaksi BCH juga lebih murah dan memudahkan pengguna serta penjual.

See Also

BCH VS BTC

Debat antara keduanya tidak pernah berkesudahan. Sama ada dari segi visi asal Satoshi Nakamoto atau dari segi kemampuan. Ianya bergantung kepada pengguna sendiri berdasarkan tujuan serta penggunaan mata wang kripto tersebut.

Untuk rakyat Malaysia, BCH adalah aset digital yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan boleh didapatkan dalam Bursa Aset Digital yang sah.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
0
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top