Peranan Penting Pengawalseliaan dalam Industri Mata Wang Kripto

oleh Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia

Kini, populariti bitcoin, dan mata wang kripto secara umum, terus meningkat. Ramai telah mengalihkan perhatian mereka kepada mata wang kripto yang paling terkenal di dunia kerana kemampuannya sebagai kaedah pembayaran yang selamat dan pantas, simpanan nilai alternatif, dan perlindungan terhadap inflasi. Ditambah dengan minat yang meningkat daripada pelabur-pelabur institusi, bitcoin dikelihatan mengukuhkan kedudukannya di dalam industri kewangan moden.

Seperti semua teknologi baru, bitcoin telah menimbulkan banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin memahaminya. Di samping itu, nilai turun naik yang tinggi, kesan terhadap alam sekitar, tindakan pihak kawal selia di China, dan masalah pengawalseliaan yang dihadapi oleh sebuah bursa mata wang kripto tertentu, telah menjadi topik perbahasan. Perkembangan terbaru ini telah mendorong perbincangan di antara ramai pihak dan, khususnya, perbincangan mengenai pengawalseliaan. Oleh itu, ia perlu diberi perhatian untuk memberi perspektif mengenai peranan pengawalseliaan dalam industri mata wang kripto.

Pengawalseliaan perlombongan dan perdagangan mata wang kripto terbaru di China telah menjejaskan pasaran mata wang kripto. Dianggarkan 90% kapasiti perlombongan di China akan ditutup sebagai hasilnya. Ini adalah berita penting kerana 65% perlombongan bitcoin berlaku di China kerana ketersediaan sumber elektrik yang murah di beberapa lokasi.

Walaupun begitu, kami percaya bahawa ini akan mengukuhkan pertumbuhan jangka panjang bitcoin. Situasi ini akan meningkatkan desentralisasi perlombongan bagi memastikan rangkaian bitcoin kurang terdedah kepada pengawalseliaan sesebuah negara. Tambahan pula, pengawalseliaan perlombongan di China memberi peluang kepada pelombong mata wang kripto untuk berpindah ke lokasi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak seperti El Salvador untuk sumber tenaga panas bumi dan Texas, Amerika Syarikat untuk tenaga solar dan angin.

Oleh kerana kesenangan pelombong mata wang kripto untuk berpindah, mereka akan pergi ke mana-mana lokasi dengan sumber tenaga yang bersih dan berpatutan. Penempatan semula ini akan membantu mengurangkan jejak karbon bitcoin dan menuju ke masa depan yang lebih hijau untuk industri mata wang kripto. Teknologi bitcoin dibina sedemikian bagi memberi insentif kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Ini kerana pada masa ini, melombong bitcoin menggunakan tenaga boleh diperbaharui adalah lebih murah daripada tenaga tidak boleh diperbaharui. Hal ini adalah amat penting di dalam sebuah industri yang mempunyai ganjaran kewangan besar.

Sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, dan hidro biasanya menghasilkan penawaran yang berlebihan ketika permintaan adalah rendah. Sebaliknya, penawaran berkurang ketika permintaan menjadi tinggi. Oleh sebab itu, pelombong bitcoin dapat menggunakan tenaga boleh diperbaharui yang sebaliknya tidak digunakan. Pada masa depan, bitcoin dapat menggantikan dan menggabungkan sistem-sistem kewangan yang sedia ada dengan cara yang memberi manfaat kepada semua orang dan membantu mengurangkan pelepasan karbon global.

Walaupun amalan pengawalseliaan di China adalah agak ekstrim, pengawalseliaan yang adil dan progresif sangat penting untuk pertumbuhan sesebuah industri yang sihat. Tambahan pula, kerangka pengawalseliaan yang praktikal mempromosikan perlindungan dana pelanggan dan mencapai keseimbangan antara keperluan peraturan dan ruang yang diperlukan untuk inovasi berlaku. Oleh itu, kewujudan lesen untuk beroperasi harus memberi petunjuk yang baik kepada pengguna bahawa pengguna dapat mempercayai syarikat dengan dana mereka dan bahawa mereka akan mempunyai kawalan untuk mencegah penggunaan mata wang kripto secara tidak sah.

Baru-baru ini, sebuah bursa mata wang kripto terkenal menghadapi masalah pengawalseliaan dan dilarang beroperasi di satu negara di Eropah dan menerima amaran dari pengawal selia di beberapa negara lain. Situasi ini menunjukkan mengapa bursa mata wang kripto perlu bekerjasama rapat dengan pengawal selia tempatan untuk mewujudkan kerangka pengawalseliaan yang sesuai untuk kedua-dua pemain industri dan pengguna.

See Also

Di Malaysia, kami bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam membantunya memahami industri mata wang kripto dengan lebih mendalam bagi memperkenalkan pengawalseliaan khusus untuk mata wang kripto. Kami berbangga kerana menjadi bursa mata wang kripto pertama yang dikawal selia di Malaysia. Hasilnya, mata wang kripto telah menunjukkan bahawa ia boleh wujud dalam persekitaran pengawalseliaan yang adil dan progresif. Ini terbukti apabila kami berjaya menyimpan lebih daripada RM1 bilion aset digital bagi pihak lebih daripada 300,000 pengguna dan memproses lebih daripada RM4.2 bilion pada tahun 2021, menunjukkan tren positif permintaan mata wang kripto di Malaysia.

Bagi mata wang kripto, pengawalseliaan membina asas kukuh untuk mengembangkan hubungan dengan pemain-pemain industri lain seperti institusi perbankan. Kelebihan bursa yang dikawal selia adalah jelas; ketelusan dan perlindungan pengguna yang lebih besar dan rangka tindakan untuk berkerjasama dengan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia membuka jalan bagi pelabur, peniaga, dan individu untuk memaksimumkan faedah sistem kewangan baru seperti mata wang kripto. Hari ini, terdapat tiga bursa aset digital yang diluluskan di Malaysia, lantas membuktikan kesediaan pengawal selia untuk menegakkan kerangka pengawalseliaan industri mata wang kripto di Malaysia.

Kami percaya pengawalseliaan akan menaikkan batasan dalam industri dan, berdasarkan pengalaman kami, ini juga yang dikehendaki oleh para pengguna. Ia akan terus mengukuhkan mata wang kripto dan mendorong penggunaan awam secara besar-besaran. Kami sedang membina jambatan antara apa yang kami ada hari ini dan sistem kewangan masa depan yang memastikan proses transaksi yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah diakses oleh semua.

Pada masa ini, kita berada dalam ekonomi campuran di mana kita masih bergantung pada infrastruktur kewangan sedia ada untuk mempermudahkan pemindahan ke sistem kewangan masa depan. Selagi kita berinteraksi dengan sistem kewangan terkini, kita harus menyesuaikan diri dan mengikuti peraturan yang sama. Mata wang kripto telah berubah dari domain tersendiri ke domain yang dikawal selia, di mana individu dan perniagaan dapat memperkenalkan mata wang kripto ke dalam kehidupan seharian mereka, melalui pelaburan dan pembayaran. Kesimpulannya, hubungan antara bursa mata wang kripto dan pengawal selia perlu dibina berdasarkan kepercayaan dan tujuan bersama untuk memastikan sistem kewangan masa depan dapat memanfaatkan rakyat tanpa mengira latar belakang.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
0
Happy
1
Okay
0
Sad
0
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top