Apa Itu Bekalan Token Elastik?

Kita sedia maklum bahawa Bitcoin (BTC) mempunyai bekalan tetap sebanyak 21 juta unit. Ada juga mata wang kripto tidak memiliki had bekalan seperti Ethereum (ETH). Wujud juga token pentadbiran yang memiliki bekalan sedikit seperti Yearn.Finance (YFI) dengan bekalan hanya 36,666 unit.

Jumlah bekalan token bergantung kepada jenis projek dan fungsi token tersebut. Namun, ada projek yang memiliki token yang tidak dikategorikan sebagai terhad atau tidak terhad. Token tersebut dikategorikan sebagai token dengan bekalan elastik.

Sifat elastik atau anjal

Token yang memiliki bekalan elastik atau anjal ini bermakna ia tidak mempunyai jumlah bekalan yang tetap. Bekalan token tersebut akan berubah mengikut mekanisma yang telah ditetapkan dipanggil ‘rebase’ atau landas semula.

Apabila ‘rebase’ berlaku, jumlah bekalan token tersebut akan meningkat atau berkurang berdasarkan faktor yang telah ditetapkan seperti harga nilai pasaran.

Sebagai contoh, token dibawah menggunakan mekanisma ‘rebase’ berdasarkan sasaran harga.

Token ABC ditetapkan pada harga RM1. ‘Rebase’ akan berlaku jika perubahan harga meningkat atau berkurang 20% daripada harga ditetapkan.

Meningkat

Jika harga token ABC menaik sebanyak 20% dengan nilai RM1.20, ‘rebase’ akan berlaku. Jika anda memiliki 100 unit ABC, nilai simpanan akan menjadi RM120. Oleh kerana itu, ‘rebase’ akan meningkatkan jumlah bekalan token kepada 20%. Ini akan menyebabkan harga token ABC akan kembali ke RM1. Jika sebelum ‘rebase’ anda memiliki 100 unit ABC, setelah ‘rebase’ anda akan memiliki 120 unit ABC berikutan peningkatan bekalan.

Berkurang

Jika harga token ABC menurun sebanyak 20% menjadikan harga semasa kepada RM0.80. 100 unit ABC yang anda miliki akan berkurang, anda kini memiliki 80 unit ABC. Namun, harga semasa token ABC akan kembali ke RM1.

See Also
Bitmain Unveils 2 Bitcoin Miners-techcryption

Walau yang demikian, jika harga semasa terus menjunam, kerugian berkompaun tidak dapat dielakkan. Anda akan mengalami kerugian dari segi jumlah token serta kerugian modal.

Projek dengan bekalan elastik

Terdapat beberapa projek yang cuba menggunakan model bekalan elastik. Namun, tidak semua projek ini berjaya atas beberapa faktor. Antaranya mungkin kerana kawal selia atau kekurangan dari segi rekaan projek itu sendiri. Antara projek yang dikenali adalah:

  1. Ampleforth (AMPL)
  2. BASE Protocol (BASE)
  3. YAM Finance (YAM)
  4. DEFI 100 (D100)

Semuanya nampak indah jika nilai mereka terus naik mencanak, tetapi sebaliknya semasa corak pasaran menurun. Tetapi, faktor utama yang dapat memacu sesuatu projek adalah permintaan pasaran. Tanpa permintaan pasaran yang besar dan kuat, projek sebegini hanya menggali kubur sendiri disamping menunggu masa.

Ianya amatlah pening untuk memahami intipati projek sebelum mula melabur. Lakukan kajian anda sendiri dan gunakan modal yang anda sanggup rugi. Jangan gunakan modal yang akan menjerat kehidupan anda sendiri.

What's Your Reaction?
Angry
0
Confused
0
Excited
2
Happy
0
Okay
2
Sad
1
View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 Issue Magazine Wordpress Theme. All Rights Reserved.

Scroll To Top